MAIN PAGE > NEWS AND EVENT DETAILS

 

 
DETAILS
Title
MAKLUMAN UPGRED SYSTEM 
Description

Assalamualaikum Dan Salam 1Malaysia, 

Tuan/Puan yang dimuliakan. Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. Sukacita dimaklumkan, hasil dari perbincangan diantara Unit EPENS LPJ, Unit IT LPJ dan Syarikat Dasar Jati Sdn Bhd pada  02/07/2012 yang lalu , isu tentang permasalahan memuatnaik (upload) lampiran (attachment) didalam sistem EPENS yang sering dialami oleh agen perkapalan telah berjaya diselesaikan dan di naiktaraf mulai pada 06/07/2012. Setelah memastikan sistem EPENS di pertingkatkan, pihak kami dan agen yang di lantik juga telah melakukan percubaan memuatnaik beberapaCrewlist, ISSC dan lain-lain dokumen perkapalan samada melalui format PDF, Microsoft Words dan Microsoft Excel yang berkapasiti tidak kurang dari 1MB dan tidak melebihi 2MB dengan tanpa mengalami halangan ataupun masalah. 

 

Oleh yang demikian, masalah atau isu berkenaan adalah dianggap telah selesai. Sehubungan dengan ini juga, pohon kerjasama dan jasa baik pihak Tuan/Puan agar memaklum dan memanjangkan perkara ini kepada agen-agen perkapalan yang berurusan di fasiliti tuan agar melampirkan semua dokumen yang diperlukan EPENS agar ianya dapat melancarkan tugas-tugas MFSO dalam melakukan pengesahan (acknowledge) terhadap kapal yang diisytiharkan. Sekiranya masih lagi terdapat sebarang kesulitan, sila maklumkan kepada Unit EPENS LPJ agar pihak kami dapat mengetengahkan segala permasalahan sistem ini kepada pihak yang bertanggungjawab.

Segala kerjasama yang pihak Tuan/Puan berikan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Sekian harap maklum dan terima kasih. 

Saya yang menurut perintah, 

 

HARUN BIN SARMI
Unit Penguatkuasaan (EPENS)
Bahagian Operasi Dan Kawalselia
Ibu Pejabat Lembaga  Pelabuhan  Johor
Tel : +607-2534062     
Fax : +607-2523730
H/P : +6019-7328696 
Email : harun@lpj.gov.my 

 
Create By
Abd Rahman Bin Yahaya 

All Right Reserved © 2011 Johore Port Authority