MAIN PAGE > NEWS AND EVENT DETAILS

 

 
DETAILS
Title
KEJADIAN ANAK KAPAL LEMAS 
Description

 

Tanjung Langsat Port (20 Feb. 2013) - Seorang anak kapal warganegara China dipercayai lemas setelah tergelincir dan terjatuh ke dalam laut sewaktu melakukan kerja-kerja menaikkan Gang Way ke kapal Ocean Dragon di Berth 4 Tanjung Langsat Port kira-kira jam 4.15 pagi. Kejadian ini disedari oleh seorang anggota Polis Bantuan TLP yang sedang bertugas membuat rondaan setelah terdengar jeritan salah seorang rakan mangsa ditempat kejadian. Sejurus mendapat maklumat tersebut, pihak TLP yang diketuai oleh Ketua Polis Pelabuhan Inspektor/PB Md Shahril telah meminta bantuan dari pihak Polis Marin, Bomba dan Penyelamat, APMM, JPAM, Bot LPJ Tg Belungkor, Bot Ronda Seri Langsat dan Bot Johor Port Bhd. Kerja-kerja mengesan, mencari dan menyelamat mangsa telah dilakukan oleh agensi yang berkaitan seawal jam 7.00 pagi di kawasan Perairan TLP, Perairan JPB dan Sungai Kongkong. Setelah melakukan pencarian akhirnya mayat mangsa telah berjaya ditemui pada jam 12.52 tengahari oleh pasukan skuba Bomba dan Penyelamat beberapa meter dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh. Mangsa telah dibawa ke hospital untuk bedah siasat. Diharap semua MFSO mengambil pengajaran dan iktibar diatas kejadian ini serta menasihatkan semua anggota/wargakerja/krew kapal yang melakukan tugas dikawasan jeti agar sentiasa mematuhi peraturan pemakaian keselamatan sewaktu berada dikawasan tersebut bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang. Sekian harap maklum dan terima kasih.

 
Create By
Harun Bin Sarmi 

All Right Reserved © 2011 Johore Port Authority